Unique Frenz

Thursday, May 7, 2009

SELAMAT HARI IBU..buat ibu tersayang

Semalam aku mula berfikir nak bagi apa kat ibuku sempena hari ibu pd 10 Mei nanti…baju,kakak sulungku dah bagi…tudung plak, kakak no-3 yg rancang nak bagi…brooch,mesti kakakku yg no-2 yg akan bagi coz dia memang penggemar brooch..so pk punye pk…aku terpikir nak bagi radio…bcoz sebelum ni aku ada terdengar ibuku merungut pasal radio kat umah tue…tak pandai nak buka katanya coz dia kena setting dulu..then radio tu kadang kala bunyi slow sangat n kadangkala dengan tiba2 leh bunyi kuat yang amat…kecian ibuku..setiap petang,dia akan setia di tepi radio tuk dengar soal jawab agama.. yup!!…dat it….so,aku nekad nak cari radio keesokan harinya…
Pagi tadi lepas pi court,my hubby meluangkan masa menemaniku tuk cari radio…beria2 gak husbandku mencari…baginya hanya ibukulah tempat untuknya berkongsi dan merasai kasih sayang seorang ibu coz ibunya sudah lama dijemput menghadap Ilahi…INNALILLAH… my hubby selalu berkata bahawa dia tak sempat tuk membalas jasa ibu-bapanya tetapi dia akan cuba tuk membalas jasa ibuku yang telah melahirkan dan membesarkan aku….TQ my hubby…
So lepas di survey..aku berkenan ngan radio satu ni…jenama Philips..nak kata besar sgt tu,xde ler,nak kata kecik pun tak jugak…kira sederhana jelah..so aku terus bawak balik opis, bungkus n suh my staff poskan…I hop dat my mom like it…eventhough harganya tak setanding dengan kasih sayang yang dicurahkan..apa yang penting baginya..kami selalu mengigatinya….

Attach herewith…surat yang disertakan bersama2 hadiah tersebut…

Assalamualaikum… SELAMAT HARI IBU…

Diharapkan mek dan keluarga di kampong sihat sejahtera dan sentiasa dilimpahi rahmat…Sempena hari ibu ini kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU….SEMOGA MEK SIHAT-SIHAT SELALU…

Kami mohon kemaafan sebab tak dapat balik untuk meraikannya..tak dapat peluk dan cium mek sambil ucap selamat..apa pun kami sentiasa mengigati mek…takdok menda istimewa yg kami dapat bagi..Cuma kami harap dengan radio ni mek senang sket nak dengar ustaz ngajar petang-petang…boleh bowok gi mana-mana J…kesian ko mek dok dgr radio umah tu, kejap kuat..kejap slow….walaupun harga nya tak seberapa..kami harap mek sukakannya… dan sesungguhnya kami tahu yang kami tak dapat nak balas jasa mek walau dengan apa sekali pun…tapi kami akan cuba untuk membuat mek gembira dan akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mek di dunia dan akhirat…INSYA ALLAH…

Akhir kalam…KAMI SAAAAYANG MEK…KAU LAH RATU HIDUPKU…


Ikhlas dari: Adik Ah,Ahmad,Sofea & talhah

No comments:

citer seangkatan dengannya

Blog Widget by LinkWithin